Penggunaan klinikal Biblioterapi

Walaupun istilah "bibliotherapy" pertama kali diperkenalkan oleh Samuel Crothers pada tahun 1916, penggunaan buku untuk mengubah tingkahlaku dan mengurangkan ketegangan telah lama digunakan seawal Zaman Pertengahan. Apabila diterapkan dalam konteks terapeutik, biblioterapi boleh terdiri daripada bahan fiksyen mahupun bukan fiksyen. Biblioterapi fiksyen (contohnya: novel atau puisi) adalah proses dinamik, di mana bahan secara aktif ditafsirkan berdasarkan keadaan pembaca. Dari perspektif psikodinamik, bahan-bahan fiksyen dipercayai berkesan melalui proses pengenalan, kelegaan emosi (katarsis) dan wawasan. Melalui pengenalan dengan watak dalam cerita, pembaca memperoleh kedudukan alternatif dari mana untuk melihat isu mereka sendiri. Dengan mengapresiasi watak, pelanggan akan menjalani satu bentuk katarsis dengan mendapatkan harapan dan melepaskan ketegangan emosional, yang mengakibatkan perubahan pandangan dan tingkah laku.[7] Pesakit juga mungkin akan mendapati ia lebih mudah untuk bercerita mengenai masalah mereka jika dia dan ahli terapi seolah-oleh bercakap mengenai masalah watak dalam bahan bacaan tersebut.

Pada tahun 1980-an dan awal 1990-an, biblioterapi digunakan secara meluar tetapi kekurangan kajian mengenai model terapeutik dilakukan. Walau bagaimanapun, banyak ujian terkawal rawak (RCT) telah mendokumenkan kesan positif dari biblioterapi untuk keadaan klinikal seperti kecederaan diri yang disengajakan, kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan bulimia nervosa dan insomnia. Kajian jugak menyokong biblioterapi sebagai intervensi untuk pelbagai isu psikologi termasuk gangguan emosi, ketagihan alkohol, dan disfungsi seksual. Dalam kajian terbaru mengenai rawatan psikoterapi untuk orang tua mengalami tekanan,biblioterapi muncul sebagai intervensi yang berkesan.[7]

Penggunaan biblioterapi dalam program kesihatan mental, termasuk mereka yang menyalahguna bahan, juga menunjukkan keberkesanan kepada pesakit di United Kundom dimana ia menjadi sumber yang popular.[12] Para penyelidik juga menemui biblioterapi dapat berjaya melengkapkan program rawatan dan mengurangkan residivisme.[13]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Biblioterapi http://wordsthatheal.com.au/ http://www.alia.org.au/governance/committees/publi... http://www.fightdementia.org.au/common/files/VIC/S... http://www.abal.laurentian.ca http://alcoholrehab.com/alcohol-rehab/self-change-... http://www.behavioradvisor.com/Biblio.html http://best-childrens-books.com/childrens-behavior... http://drama-in-ecce.com/2010/11/03/the-lonely-dra... http://archive.hbook.com/magazine/articles/2006/ma... http://www.infography.com/content/513661469572.htm...